XXXV Olympiad

Sukan Olimpik 2032 (nama rasmi: Sukan Olimpik XXXV) atau juga dikenali sebagai Brisbane 2032 merupakan temasya sukan yang dijaduakan akan berlangsung di Brisbane, Queensland, Australia dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2032. Temasya sukan ini merupakan kali ketiga Sukan Olimpik diadakan di negara Australia, selepas Sukan Olimpik 1956 di Melbourne dan Sukan Olimpik 2000 di Sydney. Temasya sukan ini turut merupakan kali kedua temasya sukan tersebut diadakan pada musim sejuk di bahagian Hemisfera Selatan, selepas Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Brisbane sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2032 pada 21 Julai 2021, dua hari sebelum Sukan Olimpik 2020 berlangsung.[1] Brisbane telah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pertama yang dipilih dalam sistem pembidaan baharu yang ditentukan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). [2] Kejayaan Brisbane itu sudah dijangka selepas menjadi calon tunggal yang menawarkan diri menjadi tuan rumah 2032 selain mendapat sokongan padu 15 ahli Lembaga Eksekutif IOC, sebulan lalu.[3]